Bijih timah dan 5G
17 December 2019

Perlombongan bijih timah merupakan salah satu sumber pendapatan utama Malaysia suatu ketika dahulu. Kini, keperluan terhadap hasil timah semakin meningkat terutama dalam pengunaan aplikasi-aplikasi baharu.

Sebagai contoh, timah dengan ketulenan tinggi (high purity tin) memainkan peranan dalam perkembangan teknologi 5G. Jaringan 5G berkelajuan tinggi memerlukan penggunaan pateri timah dengan ketulenan 99.999% bagi memastikan kestabilan sambungan yang tidak terganggu.

Timbalan Menteri KATS YBM Tengku Zulpuri Shah di Malaysia Tin Conference 2019 pagi tadi bercakap mengenai halatuju industri perlombongan bijih timah di Malaysia.

Menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Department of Mineral and Geoscience Malaysia, sumber bijih timah di Malaysia adalah dianggarkan bernilai lebih RM80 billion.

 


​​



 
Attachments